Thursday 15 November 2012

BERSUCI


~PENGENALAN BERSUCI~

Bersuci merupakan satu tugas penting dalam kehidupan muslim kerana ia punca atau asas penerimaan segala amal ibadat. Andainya sesorang itu mengerjakan ibadat solat tetapi belum bersuci atau membersihkan diri sama ada pada tubuh badan, pakaian atau tempat ia mengerjakan ibadat atau sebagainya, maka solatnya dikira tidak sah. Apabila solat yang merupakan tiang agma itu tidak sah, mak ibadat-ibadat lain juga tidak akan mendapat perhatian Allah.


~BERSUCI DARIPADA NAJIS~

ERTI BERSUCI

Bersuci pada bahasa bermaksud membersihkan sesuatu daripada kekotoran, manakala menurut istilah syarak pula iaitu membersihkan tubuh badan, pakaian dan persekitaran daripada najis atau hadas.

ERTI NAJIS

Najis membawa pengertian benda-benda yang kotor pada hukum syarak yang menyebabkan solat tidak sah.

Kewajipan bersuci merupakan syariat daripada Allah S.W.T sebagaimana firmanNya:
إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

...Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang menyucikan diri. (Surah Al-Baqarah : ayat 222)

Rasulullah SAW bersabda:

الطُّهُورُ شَطْرُ الإِيمَانِ

                               ”Bersuci itu sebagian dari iman” (HR. Muslim dan Ahmad)

Najis terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

Najis Hukmi iaitu najis yang tidak dapat dilihat zatnya. seperti contoh air kencing yang sudah kering.

Najis Aini iaitu najis yang dapat dilihat zatnya walaupun sudah kering. Seperti contoh tahi dan darah.





                                                            CONTOH NAJIS

Bangkai
Nanah

Muntah

                                                             CONTOH BUKAN NAJIS
Air Peluh





Lumpur
Bangkai Ikan

 JENIS-JENIS

1. Najis Mukhaffafah : Najis ringan iaitu air kencing kanak-kanak lelaki yang berumur tidak lebih dua tahun yang hanya menyusu susu ibunya sahaja.





2. Najis Mutawassitah : Najis sederhana seperti tahi, darah, arak dan lain-lain.






3. Najis Mughallazah : Najis berat iaitu anjing, babi dan keturunannya serta benda-benda yang terbit daripada keduanya.



Renung-renungkanlah .......



ALAT-ALAT UNTUK BERSUCI


Dalam Islam terdapat beberapa alat-alat yang sesuai untuk dijadikan alat bersuci daripada najis. Namun alat yang paling efektif ialah
Air Mutlak.


Air Mutlak dapat dikategorikan kepada 7 jenis iaitu:
  • Air Hujan

  • Air Laut

  • Air Salji
  • Air Sungai
  • Air Embun
  • Air Mata Air
  • Air Telaga
     
Alat bersuci selain daripada air mutlak adalah seperti berikut :



                                                                           
                                                                           Kayu






             Batu                                                                                                                 Tisu

Surat Khabar



CARA-CARA MENYUCIKAN NAJIS

Setelah diterangkan tentang alat-alat untuk bersuci yang ditetapkan oleh syarak, maka dijelaskan pula tentang cara-cara menyucikan najis tersebut mengikut kategori yang telah ditetapkan.


  • Najis Mukhafafah : Sila lihat rakaman cara menyucikan Najis Mukhafafah

 
  •  Najis Mutawassitah : Sila lihat rakaman cara menyucikan najis Mutawassitah.
.

  • Najis Mughallazah: Sila lihat rakaman cara menyucikan najis Mughallazah.




Najis Hukmi dan Najis Aini merangkumi najis Mukhaffafah, Mutawassitah dan Mughallazah. Najis Hukmi hendaklah dibasuh sehingga diyakini bersih. Manakala najis Aini hendaklah dibasuh sehingga hilang zatnya. Jika masih ada kesannya dimaafkan.


 
Demikianlah konsep bersuci daripada najis dalam bahagian Ibadah Pendidikan Islam Tahun 4. Kesimpulannya bersuci merupakan salah satu ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah S.W.T merangkumi zahir dan batin bagi orang yang beriman dan beramal soleh agar pelaksanaan semua ibadah yang dilakukan mendapat kesempurnaan dan diterima oleh Allah S.W.T. Mudah-mudahan dapat memberikan sedikit input yang manfaat kepada semua yang mengikut blog saya ini, Insyallah. 














No comments:

Post a Comment