AKIDAH




ALLAH BERSIFAT QUDRAT

PENGERTIAN

Qudrat merupakan salah satu daripada sifat yang wajib bagi Allah S.W.T. yang bererti Allah S.W.T. Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Allah S.W.T. tidak memerlukan sebarang bantuan, peralatan, dan sokongan untuk berkuasa. Kekuasaan Allah S.W.T adalah mutlak dan sejak azali lagi. Oleh itu hanya Allah S.W.T. sahaja yang berkuasa sedangkan selain daripadaNya tiada mempunyai sebarang kekuatan atau kekuasaan.

Dalil tentang Qudrat Allah S.W.T. sebagaimana firmanNya:

إن الله على كل شىء قدير

Ertinya: "Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.
http://sphotos-h.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/148412_10151340172260180_651009881_n.jpg



Kisah Renungan

Ketika Rasulullah s.a.w. sedang berehat bersama tenteranya semasa memerangi Da'thur bin al-Harithah di Zi Amar, baginda telah menanggalkan bajunya yang basah. Tiba-tiba Da'thur datang dengan sebilah pedang yang terhunus dari arah belakang Rasulullah s.a.w. sambil bertempik dengan garang, " Siapakah yang dapat menyelamatkan engkau wahai Muhammad?". Rasulullah s.a.w. menjawab dengan tenang, "Allah". Mendangar jawapan itu Da'thur gementar ketakutan sehingga pedang yang dipegangnnya terjatuh. Baginda mengambil pedang itu lalu berkata, "siapakah yang boleh menyelamatkan engkau sekarang?" Da'thur menjawab dengan ketakutan, "tiada sesiapa pun". Rasulullah s.a.w. meletakkan pedangnya lalu berkata " Tidak mengapa Da'thur, saya maafkan kamu". Da'thur berkata dengan hairan "wahai Muhammad benarlah tuan ini Rasulullah  !" akhirnya Da'thur memeluk Islam bersama pengikutnya. Daripada kisah di atas, kita hendaklah yakin bahawa Allah sahaja yang berkuasa menyelamatkan manusia daripada segala-galanya. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.



CIPTAAN MANUSIA

CIPTAAN ALLAH













Muhasabah Diri, sila tonton



No comments:

Post a Comment