SIRAH




"HIJRAH KE HABSYAH"


Pengertian Hijrah

Perpindahan dari suatu tempat ke tempat yang lain. Hijrah juga boleh dimaksudkan perubahan dari suatu keadaan yang kurang baik kepada sesuatu keadaan yang lebih baik.

Sebab Hijrah ke Habsyah

  • Mendapat tentangan hebat dan daripada daripada Kaum Musyirikin Mekah.
  • Sentiasa disakiti dan mendapat penderitaan yang berterusan,
Tarikh hijrah ke Habsyah

  • Tahun kelima Kenabian bersamaan 615 masihi.
Hijrah kali pertama

Terdiri daripada 10 orang lelaki dan 5 orang perempuan. Antara yang terlibat ialah Uthman bin Affan, Az-Zubir bin Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Uthman bin Mahzum dan Ruqaiyah puteri Rasulullah s.a.w. Mereka berjalan merentasi padang pasir melalui Yaman dan menyeberangi Laut Merah dengan menempuh pelbagai kesusahan. di Habsyah mereka mendapat layanan yang baik daripada Raja Najasy yang adil. Mereka berada di sana selama tiga bulan.

Hijrah kali Kedua 
Tekanan yang semakin hebat daripada kaum Musyirikin Mekah, maka pada tahun ketujuh Kenabian bersamaan 617 masihi, seramai 101 orang Islam terdiri daripada 83 lelaki dan 18 perempuan berhijrah kali kedua ke Habsyah. Mereka diketuai oleh Jaafar bin Abi Talib dan turut disertai oleh Abu Musa Al-Asya'ari dari Yaman. Sampai di sana Jaafar menemui Raja Najasy dan menerangkan tentang Islam. Beliau menyeru agar beriman kepada Allah, menunaikan solat, menjalankan persahabatan dan melakukan kebaikan. Raja Najasy tertarik dengan Islam dan terus memeluknya. Ekoran dari itu Islam mula tersebar luas di seluruh Habsyah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiktK21uQ3gOJaBEZAQx7UOD9orWNsithpHDC4ZHKtwoA8Xax4NbXljySTsvAJJ8XUSRWZStoHPEbeLI62j1oLwJNn8d-MsUi1iT52LfnFvwH8ZZh4Y11nm6tDXNJScPrQPBVB_Ga6RlTw/s400/HABSYAH+MAP.jpg

No comments:

Post a Comment